MAKLUMAN

ACARA YANG AKAN MENYUSUL TIDAK LAMA LAGI

1. KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK SERI PUTERI 21/3/2019
2. MESYUARAT AGUNG PIBG 10/3/2019 [JANGKAAN] SEMUA DIJEMPUT HADIR

Wednesday 25 February 2015

Kejohanan MSSC Zon Penggaram

Yahuuuuuuuuuuuuuu!!!!!
SK Seri Puteri telah berjaya merangkul 2 pingat perak dan 3 pingat gangsa pada kejohanan tahun ini...Alhamdulillah,segala puji pujian hanya bagi Allah SWT..Syukur..Berikut merupakan sedikit sebanyak rangkuman gambar dari jurugambar professional, En. Mansor Bin Mohd Said. Tahniah kepada murid yang berjaya mengutip pingat dan yang tidak berjaya usaha lagi di masa akan datang...Penat lelah jurulatih, En. Abdul Rashid Bin A. Hamid berbaloi dan terbalas akhirnya. Tidak dilupakan juga kepada para guru pengiring, En. Rahim Bin Othman (GPK KoKo), En. Mohd Khairul Effendy Bin A. Ghapar, Pn. Rahamah Bt Rani, En. Noor Azhan Bin Ibrahim dan Cik Hazreen Hani Bt Hamidon. Untuk pegawai-pegawai yang bertugas mewakili sekolah ke Kejohanan ini iaitu En. Shahril Bin Suliman dan En. Mansor Bin Mohd Said. Kepada ibu bapa murid yang banyak memberikan sumbangan tenaga, wang ringgit juga sokongan moral, jutaan terima kasih diucapkan. Kepada Pn. Rubiah Bt Melan (Guru Besar SKSP) juga terima kasih kerana sudi melawat ketika kami berkampung di SMK Dato Syed Esa pada 16 hingga 17 Februari lalu.Terima kasih semua, hanya Allah yang dapat membalasnya......





Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke 29/2015

Makluman,

Tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke 29/2015 seperti ketetapan berikut :

Tarikh/Hari : 28 Februari 2015/Sabtu
Masa           : 8.00 pagi
Tempat        : Pusat Sumber, SK Seri Puteri, Batu Pahat, Johor.

Semoga dengan kehadiran semua dapat memeriahkan majlis kami. Jemput datang yee...

Tuesday 17 February 2015

Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Blog ini diaktifkan bermula 17 Februari 2015. Matlamat utama diwujudkan blog ini adalah bagi mempromosikan sekolah ini di khalayak umum. Selain itu, ia juga bertujuan berkongsi segala aktiviti yang diadakan di sekolah bersama ibu bapa dan orang ramai. Semoga dengan kehadiran blog ini dapat membantu pihak sekolah lebih mendekatkan diri dengan komuniti luar dan mendapatkan reaksi positif terhadap pihak sekolah.

Sekian,semoga berjumpa lagi di 'post' akan datang.

admin0024

Program Jom Ke Sekolah dan Majlis Pemimpin Muda SKSP

18/2/2019 - Program Jom Ke Sekolah dan Majlis Pemimpin Muda SKSP telah dilangsungkan pada hari isnin.. Tahniah kepada pemimpin muda yang dil...